suria

Ratusan peminat kerumun restoran, Messi terpaksa dibantu polis untuk ke kereta

Ratusan peminat mengerumuni Messi yang menjamu selera di sebuah restoran di Buenos Aires.

SUDAH lebih tiga bulan sejak Lionel Messi mengetuai Argentina menjuarai Piala Dunia Qatar 2022, namun peminat di negara asal bintang itu masih berpusu-pusu untuk memberi penghormatan kepada wira mereka ketika dia pulang ke tanah air.

Bintang Paris Saint-Germain (PSG) itu tiba di Buenos Aires bersama isteri, Antonela Roccuzzo dan tiga anak mereka pada pagi Isnin.

Pemain berusia 35 tahun itu pulang ke tanah air menjelang perlawanan persahabatan antarabangsa antara Argentina dengan Panama.

Selepas menjalani latihan, Messi bersama keluarganya menikmati makan malam di restoran Don Julio, di Palermo.

Peminat yang mengetahui kepulangan Messi dan keberadaannya di restoran berkenaan mengerumuni lokasi tersebut untuk bertemu wira mereka.

Video yang tular di media sosial memaparkan ratusan peminat berkumpul di luar restoran demi memberi penghormatan kepada Messi.

Messi terpaksa dibantu oleh polis untuk keluar restoran dan pergi ke kereta kerana dikerumuni lautan peminat. - Espn.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain