suria

Pemain badminton Indonesia, ibu maut dalam nahas... dikebumi dalam satu liang lahad

Syabda dan keluarganya dalam perjalanan ke majlis pengebumian neneknya sewaktu kejadian.

PEMAIN badminton Indonesia, Syabda Perkasa, 21, meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Pemalang, Jawa Tengah, Indonesia, pada awal pagi Isnin.

Nahas yang berlaku kira-kira pukul 3.40 pagi turut mengorbankan ibu pemain itu, Anik Sulistyowati, 48.

Sementara itu, bapanya, Muanis Hadi Sutanti dan dua kakaknya iaitu Diana Sakti Anistyawati dan Tahta Bathari Cahyaloka pula mengalami kecederaan.

Mereka kini menerima rawatan di RSI Al Ikhlas Pemalang.

Polis Pemalang, AKBP Yoyan Fatika Handhiska Aprilaya berkata, Syabda dan keluarganya dilaporkan sedang dalam perjalanan ke Sragen bagi menghadiri majlis pengebumian neneknya yang meninggal dunia pada Ahad malam.

Bagaimanapun, ayah Syabda pula menggantikannya memandu kereta sebaik sahaja sampai sahaja di kawasan rehat di Cikampek.

Menurut laporan media tempatan, kereta yang dipandu oleh bapa Syabda sebelum merempuh sebuah trak di Plaza Tol Pemalang.

Pihak polis mengesyaki punca kemalangan tersebut berlaku disebabkan pemandu memandu dalam keadaan letih.

Sementara itu, polis masih menjalankan siasatan dan memanggil beberapa saksi kejadian bagi merakam keterangan.

Menurut sumber, jenazah Syabda dan ibunya serta nenek dikebumikan dalam satu liang lahad di kampung halaman mereka di Sragen, pada Isnin.

Sepanjang karier Syabda dalam dunia sukan badminton, beliau tersenarai antara pemain skuad kebangsaan Indonesia untuk kejohanan Piala Thomas 2022 ketika menentang Korea Selatan. - DETIK

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain