suria

Masih berteka-teki, tapi ramai yakin Messi bakal kembali ke Barcelona

Messi dilaporkan akan kembali ke Barcelona selepas kontraknya dengan PSG tamat. Foto: Getty

LIONEL Messi dilaporkan sedang mempertimbangkan keputusan untuk kembali ke Barcelona pada penghujung musim ini.

Menurut laporan, Messi akan mengambil peluang untuk kembali ke Barcelona apabila kontraknya dengan Paris Saint-Germain (PSG) tamat pada penghujung musim.

Pemenang tujuh kali anugerah Ballon d'Or itu masih belum menandatangani kontrak baru di Parc des Princes dan telah dikaitkan dengan beberapa kelab, termasuk Barcelona, sekaligus membuatkan ramai berteka-teki mengenai masa depan bintang tersebut.

Sekurang-kurangnya satu pertemuan telah berlaku antara PSG dan pihak Messi dalam beberapa minggu kebelakangan ini, dengan bapanya Jorge dipercayai menguruskan rundingan bagi pihak pemain berusia 35 tahun itu.

Persetujuan untuk bintang itu melanjutkan kontraknya di PSG masih belum dicapai, menyebabkan masa depannya tidak menentu dengan hanya tinggal beberapa bulan lagi sehingga kontrak sedia ada tamat.

Idea kepulangan Messi ke Barcelona telah mula diperkatakan sejak penghujung musim lalu, di mana dia dikhabarkan berminat untuk menyertai semula gergasi Catalan itu selepas meninggalkannya untuk ke PSG pada 2021. - Express.co.uk

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Lionel Messi, Barcelona, PSG, berteka-teki,

Artikel Lain