suria

Rumah Salah dipecah masuk... 2 lelaki ditahan curi kasut bola, pingat

Polis menemui semula barang-barang yang dicuri dari kediaman Salah. foto BBC

POLIS menemui semula pingat naib juara Piala Negara Afrika milik Mohamed Salah, bersama barangan berharga lain yang dicuri dari vila pemain itu.

Ia susulan penahanan dua lelaki berhubung kes pecah rumah melibatkan kediaman Salah di Kaherah, Mesir.

Kementerian Dalam Negeri Mesir berkata, salah seorang yang ditahan merupakan bekas pengawal keselamatan di kompleks kediaman itu.

Pingat kepunyaan Salah bukan satu-satunya barang yang dicuri, antara lain yang ditemui polis adalah tiga pasang kasut bola sepak serta pakaian berjenama.

ARTIKEL BERKAITAN: Mohamed Salah kecewa prestasi semasa Liverpool, gandingan Sadio Mane dirindui

Penemuan barang-barang itu dibuat beberapa jam sebelum perlawanan Liverpool menentang Real Madrid pada petang Rabu.

Selepas kejadian itu, satu sumber memberitahu Al-Ahram: "Kamera pengawasan di sekeliling sedang diteliti, dan anggota keselamatan yang bertanggungjawab mengawal tempat itu sedang disoal siasat.

"Khidmat sekuriti sedang giat untuk menyelesaikan misteri kejadian itu, dan langkah undang-undang yang diperlukan telah diambil." - Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain