suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pilih pindah rumah, Ronaldo kini penduduk Arab Saudi

Ronaldo (tengah) menikmati kehidupan baharu di Arab Saudi -Foto Reuters

BINTANG bola sepak, Cristiano Ronaldo membuat keputusan untuk berpindah ke Arab Saudi.

Keputusan itu dibuatnya setelah memilih untuk menyertai pasukan Al-Nassr, pada Disember tahun lalu selepas meninggalkan Manchester United.

Ronaldo menyertai kelab Arab Saudi itu dengan gaji yang dilaporkan 200 juta euro (RM945 juta) setahun dengan kontrak dua setengah tahun, menjadikannya pemain dengan bayaran gaji paling lumayan sepanjang zaman.

Dalam pada itu, kekasihnya, Georgina Rodriguez dikatakan sudah mula belajar untuk menyesuaikan diri selepas beberapa bulan di Arab Saudi.

Pemain yang sering dipanggil CR7 itu memberi pengaruh positif dalam menarik pelancong menonton perlawanan Al Nassr serta membeli jersi Ronaldo di Al-Nassr.

Ronaldo tinggal di kawasan elit di Arab Saudi bernama Al-Muhammadiyah merupakan perumahan elit yang tidak boleh dimasuki oleh orang biasa secara sembarangan. - Oke Bola

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain