suria

Penat asyik ‘diserang’ Shakira menerusi lagu, Pique bakal ambil tindakan

Pique dan Shakira berpisah secara rasmi, Jun tahun lalu.

GERARD Pique tidak akan sesekali bertolak ansur dengan 'serangan' yang dilakukan bekas kekasihnya, Shakira ke atas dirinya sendiri, keluarga dan teman wanitanya, Clara Chia Marti.

Ia susulan tindakan penyanyi tersebut yang melancarkan lagu baharu yang dilihat salah satu 'serangan' selepas hubungan lebih sedekad mereka putus, tahun lalu.

Wartawan Saul Ortiz dalam rancangan Telecinco berkata, bagaimanapun tidak jelas sama ada Pique akan memfailkan saman terhadap Shakira kerana serangan berterusannya atau akan cuba menangani perkara itu secara dalaman.

Lagu-lagu Shakira dilaporkan telah memberi kesan kepada Pique, teman wanita serta ahli keluarganya di mana mereka terpaksa berhadapan dengan peminat setiap kali mereka keluar.

"Memang benar dia (Shakira) menukar kesedihan, kesakitan dan kekecewaan menjadi jenaka di hadapan media, penganiayaan muzik terhadap bekas pasangannya," kata wartawan tersebut.

Selepas melancarkan 'serangan kejam' terhadap Pique dan Marti menerusi lagu BZRP Music Session #53, Shakira mengeluarkan lagu lain dengan kerjasama Karol G.

Dalam lagu baharu bertajuk TGQ, Shakira seolah-olah mengesahkan bahawa pemain bola sepak itu mahu 'kembali bersama' dengannya selepas berpisah, tetapi dia enggan berdamai selepas serik dicurangi. - Thenews.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain