suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mungkin dipecat, Conte dikesan naik penerbangan tambang rendah

Antonio Conte dikesan menaiki penerbangan tambang rendah.

ANTONIO Conte dilihat menaiki satu penerbangan ketika Tottenham Hotspur dilaporkan mempertimbangkan untuk memecatnya pada minggu ini.

Kemunculan pengurus Spurs itu dirakamkan oleh seorang penyokong dalam penerbangan tambang rendah ke negara asalnya, Itali.

Ia susulan laporan Telegraph mengenai dia mungkin dipecat oleh pengerusi Spurs, Daniel Levy pada minggu ini.

Kedudukan Conte terancam berikutan ketegangan yang berlaku selepas pasukan itu terikat seri dengan Southampton, Sabtu lalu.

Pasukan itu gagal merebut trofi selepas tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara.

Levy dikatakan sedang mempertimbangkan untuk memecat Conte sebelum tamat cuti antarabangsa dan dia akan mengadakan perbincangan minggu ini bagi menangani situasi itu dengan pengurusnya.

Satu rakaman menunjukkan pengurus pasukan warga Itali itu dalam penerbangan Ryanair, dan dimuat naik di media sosial pada Isnin. - Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain