suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pique tonjol sisi bapa penyayang... Luangkan masa tonton perlawanan bola sepak dengan 2 anak

Pique mencium salah seorang anaknya, Sasha, ketika menonton perlawanan bola sepak baru-baru ini. Foto: Dailymail

DI sebalik berita sensasi kisah kecurangannya, Gerard Pique membuktikan dirinya sebagai seorang bapa yang penyayang.

Baru-baru ini, dia dilihat menghabiskan masa berkualiti bersama dua anaknya hasil hubungan dengan penyanyi Shakira, menonton perlawanan bola sepak di Barcelona.

Pique sebelum ini lebih gemar mendiamkan diri daripada membicarakan soal anak-anaknya selepas perpisahannya dengan Shakira, tahun lalu.

Gerard menjelaskan tindakan tersebut adalah demi melindungi anak-anaknya.

"Setiap orang mempunyai tanggungjawab mereka untuk mencuba melakukan yang terbaik untuk anak-anak mereka.

"Ia adalah mengenai melindungi mereka. Itulah tugas semua ibu bapa yang mempunyai anak. Itulah yang saya fokuskan dan itulah tugas saya sebagai bapa," kata Pique kepada media.

Pique menambah, dia 'sangat gembira' berikutan perubahan yang berlaku dalam hidupnya, termasuk perpisahan dengan Shakira dan persaraan daripada arena bola sepak. - Dailymail

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain