suria

Kalah taruhan RM4.93 juta dalam sejam, Neymar acah-acah menangis

Reaksi Neymar yang kalah menerusi permainan dalam talian. foto futebolizein

NASIB malang menimpa Neymar apabila dia kalah menerusi perjudian dalam talian sebanyak £900,000 (RM4.93 juta), dalam masa sejam.

Bintang Paris Saint-German (PSG) yang memperoleh gaji £3.2 juta (RM17.5 juta) sebulan terpaksa menerima kekalahan itu menerusi saluran Twitch.

Walaupun lebih dikenali dengan minat bermain poker, Neymar mencuba nasib menerusi permainan dalam talian.

Namun, dia tidak menyangka tindakannya itu menyebabkannya kehilangan sejumlah yang begitu mengejutkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Khabar angin teman wanita sedang hamil, Neymar bakal timang bayi?

Pemain berusia 31 tahun itu kemudian berpura-pura menangis bagi menggambarkan kesedihan akibat kekalahan tersebut.

Dalam beberapa saat, reaksi sedihnya bertukar menjadi ketawa, sebelum dia menjerit dan memasukkan jari ke dalam mulutnya.

Neymar turut bergurau bahawa dia akan meletakkan rakaman momen berkenaan di laman YouTube.

Jelas sekali dia tidak terlalu kecewa kerana kerugian £900,000 (RM4.93 juta).

Sebagai peringatan, perbuaan berjudi di larang dalam Islam, maka semua perlu menjauhinya. - Mail Online

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain