suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tayang Buggati Centodieci harga RM47 juta, Ronaldo dikerumuni ketika menuju ke restoran

Ronaldo membawa teman wanitanya Georgina Rodríguez ke sebuah restoran di ibu kota Sepanyol.

BINTANG bola sepak, Cristiano Ronaldo telah dilihat di Madrid memandu Bugatti Centodieci bernilai £8.8 juta (RM47 juta) merupakan salah satu daripada hanya 10 model di dunia.

Penyerang Al-Nassr itu dikerumuni peminat di bandar tempat dia bermain selama sembilan tahun, ketika mereka melaungkan namanya dan meminta swafoto semasa dia naik semula ke dalam kereta dan memandu pergi.

Ketika itu, dia membawa teman wanitanya Georgina Rodríguez ke sebuah restoran di ibu kota Sepanyol.

Difahamkan, Ronaldo membeli Bugatti 1600 kuasa kuda pada Mac 2020 semasa berada di Juventus, dan dilaporkan telah dihantar ke Mallorca bersamanya untuk percutian keluarga Jun lalu.

Walau bagaimanapun, model Centodeieci jarang dilihat di khalayak ramai, tidak mengejutkan memandangkan koleksi £18 juta kereta milik lelaki berusia 38 tahun itu.

Terdahulu, teman wanita Ronaldo, Georgina Rodriguez menghadiahkannya Rolls-Royce ketiga - model Dawn sempena ulang tahunnya yang ke-37. - DAILYMAIL.CO

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain