suria

Manchester United jadi rebutan, 2 pembida diberi ‘lampu hijau’ ke fasa seterusnya

Pihak Qatar merupakan salah satu pembida untuk pembelian Manchester United. foto Reuters

DUA pembida kini melalui fasa seterusnya dalam pembelian Manchester United.

Dilaporkan, Sir Jim Ratcliffe dan Sheikh Jassim Bin Ham Al Thani melalui peringkat perbincangan seterusnya apabila Glazers nampaknya memberi 'lampu hijau' kepada kedua-duanya dalam proses mengambil alih kelab gergasi Liga Perdana itu.

Sheikh Jassim merupakan pengerusi sebuah bank terkemuka Qatar QIB dan dipercayai penyokong Manchester United, mengetuai konsortium dari Timur Tengah. QIB, yang ditubuhkan pada 1982, telah menjadi salah satu bank terkemuka di Qatar.

ARTIKEL BERKAITAN: Qatar sahkan bida Manchester United, tawaran daripada pengerusi bank terbesar

Difahamkan, bidaan daripada Sir Jim Ratcliffe sekitar £4.5 bilion (RM24.4 bilion), menyamai dengan yang dibentangkan Qatar.

Ratcliffe merupakan penyokong Red Devils sejak kecil, menumpukan usahanya untuk 'menempatkan semula kelab itu di Manchester United' dan dilaporkan mengupah gergasi Wall Street JP Morgan dan Goldman Sachs bagi menasihatinya berhubung isu tawaran.

Kedua-dua bidaan disahkan pada 17 Februari lalu sejurus sebelum tarikh akhir yang ditetapkan oleh keluarga Glazer kepada pihak yang mahu membuat tawaran rasmi.

Memetik laporan Sky Sports dan Times, kedua-dua pembida kini diberikan 'lampu hijau' untuk memasuki rundingan serius bagi pengambilalihan di Old Trafford.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain