suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Qatar sahkan bida Manchester United, tawaran daripada pengerusi bank terbesar

Qatar mengesahkan telah membida Manchester United. foto Reuters

SEORANG syeikh Qatar, yang merupakan pengerusi di salah sebuah bank terbesar di negara itu pada Jumaat malam membuat tawaran untuk Manchester United.

Dia juga berjanji untuk memulihkan 'kegemilangan dahulu di dalam dan di luar padang'.

Menjelang tarikh akhir pukul 10 malam Jumaat untuk tawaran itu, Sheikh Jassim bin Hamad bin Jaber Al Thani, anak kepada bekas Perdana Menteri, mengumumkan hasratnya untuk memperoleh '100 peratus daripada kelab itu'.

Difahamkan tawaran tersebut adalah 'indikatif'.

ARTIKEL BERKAITAN: Manchester United pasukan paling mahal di Liga Perdana Inggeris

Angka yang lebih tepat akan dikeluarkan sebaik sahaja kewangan disahkan.

Minggu lalu, Sportsmail mendedahkan bahawa bidaan itu akan dibuat dan, dalam satu kenyataan, Al Thani berkata, dia akan melabur dalam kelab, stadium, tempat latihan dan komuniti itu.

"Visi tawaran itu adalah untuk kelab bola sepak Manchester United terkenal dengan kecemerlangan bola sepak, dan dianggap sebagai kelab bola sepak terhebat di dunia," tambahnya. - Mail Online

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain