suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jasad bekas pemain Chelsea ditemukan di bawah runtuhan gempa bumi Turkiye

Christian Atsu ditemui tidak bernyawa di bawah runtuhan bangunan. Foto: Chelsea Football Club

MAYAT bekas pemain antarabangsa Ghana, Christian Atsu ditemui selepas gempa bumi yang melanda Turki, lapor media tempatan yang disahkan oleh pengurusnya.

Atsu terperangkap dalam gempa bumi bermagnitud 7.8 yang melanda Turki dan Syria pada 6 Februari yang mengorbankan lebih 43,000 nyawa di dua negara itu.

Sebelum ini wujud laporan mengatakan Atsu berjaya diselamatkan selepas gempa bumi itu namun kemudian disahkan sebagai palsu.

Pengurus mendiang di negara ini, Murat Uzunmehmet memaklumkan agensi berita DHA bahawa mayatnya ditemui di bawah runtuhan bangunan berdekatan selatan Turki di wilayah Hatay.

"Kami menemukan jasadnya yang tidak bernyawa. Telefonnya turut dijumpai," kata Uzunmehmet. - Mail Online

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain