suria

Manchester United pasukan paling mahal di Liga Perdana Inggeris

Red Devils muncul di tangga teratas bagi Liga Perdana Inggeris. Foto: Alex Pantling/Getty Images

PASUKAN Manchester United kekal menjadi pasukan paling bernilai di Liga Perdana Inggeris.

Perkara itu disahkan menurut kajian dilakukan Sportico apabila kelab itu menunjukkan peningkatan daripada segi hak penyiaran Liga Perdana Inggeris sebanyak 28 peratus dan kepulangan penonton ke stadium selepas pandemik COVID-19.

Difahamkan, kajian berkenaan mendedahkan nilai kelab-kelab Liga Perdana Inggeris dengan Red Devils muncul di tangga teratas pada 4.8 bilion pound (RM25.3 bilion).

Dengan kemunculan ini, terbuktilah bahawa mereka berjaya mengatasi Liverpool yang tercicir ke tangga kedua dengan nilai 3.8 bilion pound (RM20 bilion).

Pemilik United ketika ini, keluarga Glazers, mahu menjual saham mereka di kelab menjelang Mac dan mereka meletakkan harga 7 bilion pound (RM36.9 bilion).

Senarai 10 pasukan teratas bagi Liga Perdana Inggeris.

Antara pihak yang berminat membelinya ialah lelaki terkaya Britain, Jim Ratcliffe merupakan seorang peminat United.

Manchester City di tangga ketiga dengan nilai 3.5 bilion pound (RM18.4 bilion), manakala Arsenal di tangga keempat pada 2.9 bilion pound (RM15.3 bilion).

The Gunners mengatasi Chelsea, yang kini di tangga kelima dengan nilai 2.8 bilion pound (RM14.8 bilion).

Tottenham pasukan terakhir yang dinilai pada harga melebihi 1 bilion pound (RM5.3 bilion) - dengan nilai kelab itu pada harga 2.6 bilion pound (RM13.7 bilion).

Tiga kelab lain yang melengkapkan senarai 10 teratas adalah West Ham, diikuti Everton dan Newcastle. - DAILYMAIL.CO

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain