suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Messi masih terbaik di dunia pada usia 45 tahun

Messi diramalkan menyertai Piala Dunia 2026. foto Reuters

PEMAIN Argentina, Alexis Mac Allister menyuarakan sokongannya terhadap Lionel Messi untuk dimasukkan ke dalam skuad kebangsaan bagi Piala Dunia akan datang.

Mac Allister yang juga pemain kelab The Brighton and Hove Albion menyatakan bahawa pemenang Ballon d'Or sebanyak tujuh kali itu tidak akan berdepan dengan sebarang masalah untuk menyertai temasya sukan yang diadakan empat tahun lagi pada 2026.

Messi, 35, yang memainkan peranan penting dalam kemenangan La Albiceleste pada Piala Dunia.

Malah, dia dilabelkan sebagai pemain terhebat pertandingan itu selepas menjaringkan gol dalam setiap pusingan dari peringkat kumpulan hingga final.

"Dia (Messi) tahu bahawa kami mahukan segala-galanya selagi dia mahu dan boleh, jadi harap dia boleh terus bersama kami," kata Mac Allister kepada TyC Sports.

"Jelas sekali, saya melihat Messi dalam Piala Dunia akan datang. Saya tidak ragu-ragu bahawa pada usia 40 atau 45 tahun dia akan terus menjadi yang terbaik di dunia.

"Dia sangat profesional, anda boleh lihat, dia berada dalam keadaan fizikal yang sempurna untuk terus bermain dengan tenang," ujar Mac Allister lagi. - Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain