suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penyerang legenda Perancis, Just Fontaine meninggal dunia pada usia 89 tahun

Fontaine meninggal dunia pada usia 89 tahun. Foto: Getty Images

PENYERANG legenda Perancis, Just Fontaine, yang meninggal dunia pada usia 89 tahun, akan dikenang kerana menjaringkan 13 gol di Piala Dunia 1958.

Setakat ini, hanya tiga pemain menjaringkan lebih banyak gol Piala Dunia berbanding Fontaine, walaupun dia hanya bermain enam perlawanan dalam satu edisi sahaja.

Tiga pemain itu adalah Miroslav Klose (16); penyerang Brazil, Ronaldo (15) dan pemain Jerman Barat, Gerd Mueller yang menjaringkan 14 gol.

Berita kematiannya pada 1 Mac (Rabu) diumumkan oleh Paris Saint-Germain (PSG), yang diurusnya antara 1973 dan 1976, di mana mendiang membawa mereka naik semula ke Ligue 1 pada 1974.

PSG menyifatkan Fontaine sebagai 'monumen bola sepak Perancis'. - Theguardian

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain