suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wartawan dakwa Neymar bawa masalah buat PSG, hanya layak berada di bangku simpanan

Neymar dianggap sebagai budak bermasalah untuk PSG. Foto: Reuters

WARTAWAN Perancis, Daniel Riolo secara terang-terangan menyuarakan pendapat peribadinya dengan meminta Neymar agar tidak beraksi bersama-sama rakan sepasukan, Lionel Messi dan Kylian Mbappe, selepas pulih daripada kecederaan kelak.

Messi dan Mbappe beraksi cemerlang biarpun tanpa kehadiran Neymar, apabila menyumbat tiga gol bagi memastikan kemenangan Paris Saint-Germain (PSG) 3-0 ketika menentang Olympique Marseille di Ligue 1 pada Ahad lalu.

Susulan itu, Riolo menggesa ketua jurulatih PSG, Christophe Galtier, untuk membuat keputusan berani sebaik sahaja Neymar kembali kelak.

Bercakap di stesen radio Perancis, RMC, Riolo berkata, "bagi Galtier untuk menunjukkan bahawa dia adalah dimensi PSG, walaupun Neymar kembali, dia mesti memberitahu pemain itu (Neymar) 'tempat anda berada di bangku simpanan".

Riolo juga turut 'menyerang' Neymar di akaun Twitter peribadinya, dengan mendakwa bintang dari Brazil itu adalah masalah buat PSG.

Neymar kini diketepikan susulan mengalami kecederaan ligamen pergelangan kaki sewaktu aksi PSG menentang Lille, minggu lalu. - Sportskeeda

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain