suria

Selamba ajak bertaruh... Jake Paul, Tommy Furry didakwa langgar undang-undang Arab Saudi

Jake Paul (kiri) dan Tommy Fury (kanan) bersetuju untuk bertaruh ketika bertemu dalam sidang media di Arab Saudi. Foto: Getty.

PENINJU terkenal, Jake Paul dan Tommy Fury berpotensi untuk dikenakan hukuman penjara di Arab Saudi kerana bertaruh atas perlawanan antara mereka.

Dua peninju itu bersetuju untuk bertaruh ketika bertemu dalam sidang akhbar terakhir mereka sebelum pertemuan di gelanggang pada Ahad.

Walaupun ia kelihatan seperti satu jenaka sahaja, semua bentuk pertaruhan adalah haram di negara tersebut.

Pakar undang-undang Timur Tengah James Dorsey mengesahkan kepada Daily Star Sport dua peninju itu telah melanggar undang-undang Saudi.

Namun jelasnya, dia berpendapat tiada sebarang tindakan undang-undang akan dikenakan ke atas mereka. - Daily Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain