suria

TMJ bengang, suruh kawan-kawan skuad Penyu bayar gaji Liridon

Hantaran di media sosial Liridon tidak disenangi TMJ.

PERLAWANAN Piala Sultan Haji Ahmad Shah di antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Terengganu FC semalam ternyata ada drama tersendiri!

Sebelum perlawanan bermula, pemain tengah Johor Darul Ta'zim (JDT) yang dipinjamkan kepada Terengganu FC (TFC) iaitu Liridon Krasniqi melalui media sosialnya sempat menyampaikan ucapan selamat maju jaya untuk skuad Penyu.

"Selamat maju jaya rakan sepasukan. Sayangnya, saya tidak dapat bersama pada aksi kali ini. Jangan putus asa, kita mampu melakukannya," kata Liridon.

Hantaran yang dibuat di Instagram Story Liridon itu bagaimanapun mengundang rasa kurang senang pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tunku Ismail kemudiannya membalas hantaran itu melalui tangkap layar dengan kenyataan yang berbaur sinis iaitu meminta agar gaji Liridon dibayar Terengganu FC.

"Beritahu rakan sepasukan kamu untuk bayar gaji kamu," balas Tunku Ismail.

Bagaimanapun, hantaran terbabit selepas itu dipadam oleh Tunku Ismail termasuk Liridon di media sosial miliknya.

Liridon tidak diturunkan dalam aksi itu kerana syarat pinjaman yang dipersetujui kedua-dua pasukan, di mana pemain JDT yang berstatus pinjaman tidak boleh beraksi menentang skuad Harimau Selatan.

Perlawanan berakhir dengan JDT membawa pulang Piala Sumbangsih menerusi kemenangan 2-0.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain