suria

Atlet catur jelita raih pelbagai kejayaan pada usia muda, suka ‘belanja’ peminat di media sosial

Botez sering mencuri perhatian peminat dengan koleksi gambar cosplay di media sosial.

ATLET catur, Andrea Botez bukan sahaja diminati ramai kerana kehebatannya dalam permainan itu, malah dia turut meraih populariti kerana memiliki rupa paras yang menarik.

Botez, 20, mula berjinak-jinak dengan permainan catur pada usia enam tahun selepas mengikut jejak langkah kakaknya, Alexandra.

Pemain catur itu juga sering menjadi perhatian di media sosial kerana dia gemar memakai pakaian mengikut karakter filem popular seperti Lara Croft daripada francais filem Tomb Raider.

Sebelum ini, Botez juga pernah tampil sebagai karakter permainan video popular, Valorant Reyna sambil bergambar memegang pistol.

Bintang catur yang juga peminat cosplay itu mula bermain secara kompetitif dalam kejohanan Catur Amerika Syarikat (AS) pada usia tujuh tahun.

Pada tahun 2010, dia berjaya meraih kejuaraan di Kejohanan Catur Remaja Perempuan Kanada bawah lapan tahun.

Lima tahun kemudian pada usia 13 tahun, Botez menjadi Juara Catur Wanita British Columbia dan memenangi kejohanan Terbuka Kebangsaan Susan Polgar pada tahun yang sama. - Daily Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain