suria

Baju terangkat sehingga nampak payudara, peninju UFC kalah kerana hilang fokus

Andrade (kiri) kalah di tangan Blanchfield (kanan) dalam perlawanan pada Sabtu lalu.

JESSICA Andrade mendedahkan kekalahan mengejutnya kepada Erin Blanchfield berlaku kerana payudaranya yang terkeluar daripada pakaian.

Dua peninju itu berentap dalam acara utama di UFC Vegas 69 pada malam Sabtu, menyaksikan Blanchfield memperoleh kemenangan mengejut ke atas Andrade.

Dalam perlawanan itu, Blanchfield sepatutnya bertarung dengan Talia Santos, namun diganti dengan Andrade pada saat-saat akhir.

Andrade terlebih dahulu mencatatkan tiga kemenangan berturut-turut dalam acara itu.

Dalam perlawanan keempat, Andrade hilang fokus akibat masalah pada pakaiannya, sekali gus menyebabkan dia tewas kepada Blanchfield.

"Saya hilang fokus. Apabila dia (Blanchfield) bergerak, dia meletakkan bahunya di bawah bahagian baju saya dan payudara saya tergelincir keluar sepenuhnya. Saya hilang fokus dan terlupa untuk berlawan.

"Apa yang saya fikirkan hanyalah badan saya. Apabila saya menggunakan tangan saya untuk membaiki baju, ketika itulah dia dapat menewaskan saya," jelasnya. - Daily Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain