suria

Rumah jadi sasaran penjenayah, pelumba basikal sanggup berbelanja besar beli 2 anjing pengawal

Atlet itu memiliki dua ekor anjing pengawal selepas rumahnya dipecah masuk pada tahun 2021.

JUARA Tour de France Mark Cavendish membeli dua ekor anjing pengawal kerana trauma selepas rumahnya dipecah masuk pada November 2021.

Jaguh basikal berusia 37 tahun itu terpaksa meningkatkan kawalan keselamatan di rumahnya dengan membeli seekor anjing German shepherd pada harga £25,000 (RM134,487), lima bulan selepas kejadian berkenaan.

Dia dan isterinya yang dikenali sebagai Peta, 36, kemudiannya membeli seekor lagi anjing baka sama daripada Elite Protection Dogs yang mengenakan caj sekurang-kurangnya £20,000 (RM107,589) untuk seekor haiwan terlatih.

"Mereka telah mendapat tambahan baharu. Dua sentiasa lebih baik daripada satu," ujar jurucakap Elite Protection Dogs, syarikat yang mempunyai pengalaman selama 35 tahun dalam membekalkan anjing terlatih untuk pelanggan yang kaya dan terkenal.

Untuk rekod, rumah Mark dan Peta di Ongar, Essex menjadi sasaran pencuri bersenjata pada November 2021.

Romario Henry, 31, dan Ali Sesay, 28, dipenjarakan di Mahkamah Chelmsford bulan lalu selepas didapati bersalah melakukan rompakan berkenaan. - Daily Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain