suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Impian Ronaldo mahu tamatkan karier di kelab berprestij, yakin Al Nassr sebagai kelab gergasi Arab Saudi

Ronaldo kini bergelar pemain kelab Arab Saudi Al Nassr.

CRISTIANO Ronaldo dan Liga Juara-Juara Eropah tidak dapat dipisahkan, namun akhirnya penyerang Portugal itu terpaksa akur dengan tawaran lumayan kelab Arab Saudi, Al Nassr.

Dengan bayaran 173 juta pound (RM761.3 juta) setahun untuk tempoh dua tahun setengah, ia tawaran yang sukar ditolak oleh mana-mana pemain, apatah lagi Ronaldo yang akan memasuki usia 38 tahun Januari ini.

Al Nassr ditubuhkan pada tahun 1995 dan beraksi di Liga Pro Saudi (SPL). Ia antara kelab paling berjaya di Arab Saudi, memenangi sembilan gelaran liga, tiga Piala Putera Mahkota, tiga Piala Konfederasi dan dua Piala Super Saudi.

Kelab Asia itu dikendali bekas pengurus Lyon, Rudi Garcia, yang pernah membimbing Roma dan Lille.

Laman Al Nassr adalah di Mrsool Park dan berkapasiti 25,000 penonton.

Kelab itu juga pernah dibimbing kapten juara Piala Dunia bersama Itali, Fabio Cannavaro.

Musim lalu, Al Nassr menamatkan saingan SPL di tangga ketiga, tetapi disingkirkan daripada Piala Raja dan Liga Juara-Juara AFC oleh Al-Hilal.

Musim ini, juara sembilan kali Arab Saudi itu berada di tangga kedua liga, tiga mata di belakang Al-Shabab.

Antara pemain ternama lain yang beraksi untuk Al Nassr ialah bekas penjaga gol Arsenal, David Ospina yang menyertai kelab itu pada musim panas lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain