suria

Peminat Al Nassr serbu kedai, jersi Ronaldo laku keras!

Peminat beratur mahu membeli jersi Ronaldo. Foto: AFP

SUSULAN pengumuman Al-Nassr FC mengenai pembelian kapten Portugal, Cristiano Ronaldo pada Jumaat, penyokong kelab Arab Saudi itu berpusu-pusu mendapatkan jersi bintang tersebut yang bernombor tujuh.

"Saya perhatikan sebilangan besar peminat beratur dengan harapan untuk membeli jersi Ronaldo.

"Kakitangan kedai memberitahu orang ramai mengenai bila jersi akan tersedia," kongsi seorang individu bernama Muath Al-Jandal, yang tinggal berdekatan dengan lokasi kedai yang menjual merchandise Al-Nassr FC di Riyadh.

Dia juga sempat mengambil gambar memaparkan situasi penyokong kelab yang beratur untuk membeli jersi Ronaldo.

Bintang berusia 37 tahun itu melengkapkan rekod perpindahan ke kelab Arab Saudi itu baru-baru ini apabila menandatangani perjanjian selama dua tahun setengah.

Ronaldo bakal memperoleh £173 juta (RM921.6 juta) setahun sekali gus menyaksikannya muncul sebagai ahli sukan yang menerima gaji tertinggi dalam sejarah bola sepak.

Di kelab baharunya, Ronaldo akan memakai jersi bernombor tujuh, sama seperti yang dipakainya di Manchester United, Real Madrid dan Juventus. - Arabnews

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain