suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengumuman rasmi Ronaldo sebagai pemain baru Al-Nassr berlangsung di Mrsool Park, puluhan ribu peminat dijangka hadir

Pengumuman Ronaldo sebagai pemain baru Al Nassr berlangsung di Mrsool Park.

CRISTIANO Ronaldo akan diumumkan secara rasmi sebagai pemain baru Al-Nassr pada 3 Januari 2023, dengan acara dijadualkan bermula pada pukul 4 petang waktu tempatan.

Syarikat Sukan Saudi (SSC) akan menjadi penyiar rasmi dan menyiarkan acara pengumuman itu secara langsung di saluran mereka.

Terdahulu, saluran itu berkongsi video memaparkan Ronaldo berada di dalam pesawat dan dalam perjalanannya ke Riyadh.

Bintang Portugal itu dirakam mengucapkan "Hai, jumpa anda nanti".

Acara pengumuman rasmi itu bakal berlangsung di Mrsool Park, di mana puluhan ribu peminat dijangka hadir.

Terletak di Riyadh, Mrsool Park (yang juga dikenali sebagai Stadium Universiti King Saud) ialah stadium Al-Nassr dan mempunyai kapasiti 25,000 individu.

Bekas bintang Manchester United dan Real Madrid itu akan menjalani pemeriksaan perubatan di kelab itu bagi memastikannya cergas sepenuhnya dan cukup sihat untuk bersaing dalam Liga Pro Saudi. - Goal.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain