suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ronaldo dibayar RM87,939 sejam di Al Nassr, atlet termahal dalam sejarah sukan

Cristiano Ronaldo menandatangani kontrak bersama Al Nassr selama dua tahun.

CRISTIANO Ronaldo kini ahli sukan paling mahal dalam sejarah apabila dia dibayar 173 juta pound (RM761.3 juta) setahun oleh kelab bola sepak Arab Saudi, Al Nassr.

Jika dipecahkan kepada nilainya untuk setiap saat apabila sepanjang tempoh dua tahun setengah akan datang, penyerang Portugal itu akan menerima bayaran RM24.2 sesaat.

Malah jika dia tidur lapan jam sehari di bumi Arab itu, dia masih dibayar sejumlah RM703,512 sepanjang waktu tidurnya dalam sehari itu.

Ia adalah pakej pra-persaraan terbaik buat Ronaldo yang sebelum bersetuju menerima tawaran berkenaan, kontraknya ditamatkan oleh Manchester United dan Portugal tersingkir di suku akhir Piala Dunia di tangan Maghribi.

Cristiano Ronaldo telah dianugerahkan 5 Ballon D'or sepanjang kariernya.

Bagaimanapun kehadiran Ronaldo di bumi Arab Saudi bukan sekadar untuk membantu Al Nassr memenangi piala.

Ia dianggap pelaburan penting oleh negara itu bagi membida hak penganjuran Piala Dunia 2030 selepas kejayaan mereka mengejutkan Argentina di Qatar.

Pecahan gaji Ronaldo:-

Setahun 173 juta pound (RM761.3 juta)

Sebulan 14.4 juta pound (RM63.4 juta)

Seminggu 3.33 juta pound (RM14.5 juta)

Sehari 476,000 pound (RM2.1 juta)

Sejam 19,982 pound (RM87,939)

Seminit 330 pound (RM1,452)

Sesaat 5.5 pound (RM24.2)

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain