suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pernah jadi pengasuh anak lelaki diktator Rusia, petinju usia 30 tahun meninggal secara misteri

Petinju ini juga pernah mengasuh anak diktator Rusia.

BEKAS bintang petinju Abdul-Kerim Edilov dilaporkan meninggal dunia pada usia 30 tahun.

Gaya Edilov yang agresif dan kejam menyebabkan dia mendapat gelaran 'The Chechnyan Lion'.

Pemain itu tidak pernah dapat memenangi kejuaraan dalam Octagon, tetapi memegang rekod 17-4-0 yang sangat mengagumkan dalam MMA (Mixed Martial Arts).

Edilov lebih dikenali kerana rapat dengan diktator Chechnya, Ramzan Kadyrov, yang dilaporkan mengamanahkan kepercayaan untuk menjaga anak-anaknya.

Laporan daripada saluran berita MMA ‘The Bloody Elbow’ menyatakan aktivis Chechnya percaya Edilov telah meninggal dunia.

Namun, kematiannya ini dikatakan agak misteri sehingga kini.

Bagaimanapun, laporan mendakwa hubungan Edilov dengan Kadyrov berpecah-belah sejak kebelakangan ini.

Edilov juga pernah menjadi pengasuh anak-anak Kayrov menunjukkan betapa banyak kepercayaan diktator terhadap petinju itu.

Pada Februari 2022, Edilov berdiri di sebelah Kadyrov, di ibu kota Chechnya di Grozny apabila berikrar solidariti dengan Vladimir Putin, susulan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.- Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain