suria

Piala Dunia 2022: Perlawanan terganggu gara-gara lelaki ceroboh padang bawa bendera pelangi

Penceroboh mengibarkan bendera pelangi ketika perlawanan antara Portugal dan Uruguay.

UNDANG-UNDANG anti lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT) di Qatar menimbulkan pelbagai isu ketika Piala Dunia 2022 berlangsung.

Perlawanan antara Portugal dan Uruguay terganggu apabila seorang lelaki membuat protes dengan menceroboh kawasan padang sambil mengibarkan bendera pelangi sebelum dia dihalau keluar.

Selain pentonton yang kecoh, pemain-pemain bola sepak termasuk Cristiano Ronaldo turut bingung dengan aksi peminat tersebut yang mengakibatkan separuh masa kedua perlawanan terpaksa diberhentikan.

Penceroboh padang menyampaikan mesej sokongan buat wanita di Iran, orang di Ukraine serta komuniti LGBT.

Sebelum ini, bendera pelangi yang dipakai pada topi penyokong Wales dirampas, dan pihak Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) juga melarang pemain untuk tidak memakai lilitan lengan “One Love” ketika dalam perlawanan.

Lelaki itu turut menunjukkan sokongan untuk negara Ukraine pada mesej yang tertera bahagian depan baju yang dipakainya.

ARTIKEL BERKAITAN: Protes Mahsa Amini: Empat individu terbunuh, ditembak pasukan keselamatan

Selain itu, bahagian belakang bajunya menunjukkan mesej “Hormati Wanita Iran” susulan protes atas kematian Mahsa Amini dalam tahanan polis.

Pemain Iran juga dikatakan memilih untuk tidak menyanyikan lagu kebangsaan sebagai solidariti buat wanita itu. – Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain