suria

Peninju Isiah Jones maut ditembak di kepala

Isiah Jones meninggal dunia pada usia 28 tahun.

PENINJU Isiah Jones meninggal dunia pada usia 28 tahun selepas ditembak semasa pertengkaran dengan ahli keluarganya.

Dalam kejadian itu, Jones dilaporkan maut ditembak di kepala.

Jones yang menyertai Top Rank di ESPN, ditembak di bandar kelahirannya di Detroit di Amerika Syarikat.

Jabatan Polis Detroit pada Isnin berkata, seorang lelaki berusia 28 tahun maut dalam kejadian yang melibatkan seorang ahli keluarga pada kira-kira 6:26 petang waktu tempatan.

Jurulatih Roshawn Jones menerusi tulisan di laman Twitter berkata: "Pemergiannya dalam kejadian yang tragis! Doakan keluarganya."

Di bawah bimbingan Roshawn dan Kenneth Ross, Jones memenangi setiap lapan pertarungan profesional pertamanya selepas memenangi Sarung Tangan Emas Kebangsaan 2016.

Jones mempunyai rekod amatur sensasi 52-2, kali terakhir menewaskan Donte Stubbs yang tidak pernah kalah pada 2020. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain