suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Masih mahu beraksi bersama skuad Portugal, Ronaldo belum rancang bersara dalam waktu terdekat

Ronaldo menegaskan perjalanan kariernya masih belum berakhir.

CRISTIANO Ronaldo berikrar untuk terus beraksi dan menegaskan perjalanan kariernya masih belum berakhir.

Berucap ketika menerima trofi pada Anugerah Quinas de Ouro Persekutuan Bolasepak Portugal (FPF) di Lisbon, bintang Portugal itu mensasarkan untuk beraksi di saingan Euro 2024.

"Saya berharap agar terus menjadi sebahagian daripada skuad kebangsaan untuk beberapa tahun lagi.

"Saya begitu bermotivasi, cita-cita saya tinggi. Saya berada dalam pasukan dengan orang muda, saya mahu beraksi di Piala Dunia juga dalam Kejohanan Eropah akan datang," katanya.

Ronaldo, 37, menerima trofi pada anugerah berkenaan kerana muncul sebagai penjaring gol terbanyak pasukan kebangsaan sepanjang zaman.

Bintang itu menjaringkan 117 gol dalam 189 penampilan bersama Portugal dan dijangka akan beraksi untuk skuad kebangsaan di Qatar 2022. - Mirror

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain