suria

Kes rogol: Ronaldo halang kenyataan saksi dikeluarkan, bimbang isu keselamatan

Ronaldo ketika berparti di Las Vegas.

CRISTIANO Ronaldo dilaporkan cuba menyekat pelepasan ke atas kenyataan saksi berhubung kes rogolnya di Las Vegas kerana bimbang ia akan memudaratkan individu terlibat.

Bintang bola Portugal itu pada asalnya ingin menyelesaikan isu tersebut dengan individu yang menuduhnya menerusi kes sivil yang mana dia menuntut kira-kira RM1.5 juta (£276,000), namun jumlah tersebut dinaikkan kepada RM317 juta (£56 juta).

Ekoran itu, peguam Ronaldo telah memfailkan dua jawapan berasingan untuk menghentikan pembebasan fail polis berkaitan kes 2009.

ARTIKEL BERKAITAN: Siasat dakwaan rogol, polis dihalang tahan Ronaldo

ARTIKEL BERKAITAN: Ronaldo beri hadiah hari jadi terbaik pada teman wanita

Fail yang dimaksudkan termasuk temu bual yang dirakam, kenyataan saksi, e-mel, rakaman CCTV dan laporan perubatan.

Bagaimanapun, pasukan undang-undang Ronaldo kini menegaskan bahawa pembebasan fail akan meletakkan saksi kes itu dalam risiko.

Mereka menjelaskan bahawa demi keselamatan Ronaldo dan penuduhnya, Kathryn Mayorga serta saksi lain dan sesiapa sahaja yang memberikan maklumat, fail itu harus kekal dan tidak dikeluarkan.

Penyerahan yang difailkan pada 8 Februari daripada pasukan undang-undangnya menyatakan: "Orang yang dinamakan dalam fail LVMPD, serta mereka yang memberikan maklumat yang terkandung di dalamnya, mempunyai minat yang kuat untuk 'tidak dikaitkan secara tidak wajar dengan dakwaan aktiviti jenayah'.

"Plaintif, defendan dan saksi-saksi yang ditemu bual sebagai sebahagian daripada siasatan yang dibuka semula semuanya mempunyai kepentingan privasi."

Dokumen dari pasukan Ronaldo juga menjelaskan bagaimana dia adalah 'atlet terkenal' yang mendapat perhatian media dan ia akan mewujudkan gangguna kepada saksi sekiranya fail itu didedahkan kepada umum. Mirror

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain