suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Neymar akhirnya tayang kekasih baru, model jelita dari Brazil

Model jelita dari Brazil, Bruna Biancardi dikatakan kekasih baru Neymar.

BINTANG Paris Saint-Germain, Neymar sudah mula menayang wanita yang dipercayai kekasih barunya, Bruna Biancardi, selepas beberapa bulan mencetuskan spekulasi.

Pasangan berkenaan dirakamkan menghabiskan masa bersama-sama di Ibiza pada Ogos lalu.

Model jelita dari Brazil itu turut pulang bersama Neymar sewaktu sambutan Krismas lalu.

Biancardi turut bergambar bersama isteri rakan sepasukan Neymar di PSG, Angel Di Maria, Marco Verratti, Leandro Paredes dan Lionel Messi.

Dan Biancardi hadir memberi sokongan sewaktu perlawanan PSG menentang Nantes.

Walaupun tiada pengesahan rasmi daripada pasangan itu bahawa mereka sedang berpacaran, namun kedua-duanya tidak segan silu untuk menunjukkkan kemesraan kepada umum.

Untuk rekod, bekas kekasih Neymar sebelum ini juga bernama Bruna (Marquezine).

Pasangan itu berpacaran selama enam tahun sebelum berpisah pada 2018. - The Sun

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Bruna Biancardi, Neymar, PSG, kekasih baru

Artikel Lain