suria

Berjaya kurus dalam 18 bulan, lelaki ini kejar impian untuk bergelar peninju MMA

Varela akui tak sabar untuk menyertai pertandingan tinju tidak lama lagi. Foto: YouTube Truly.

PERJALANAN yang dilalui jejaka ini tidaklah semudah yang disangka.

Namun, Varela akhirnya berjaya menurunkan berat badan sebanyak 226.7 kilogram (kg) dalam tempoh 18 bulan.

Bekas DJ muzik itu kini memulakan kerjaya baharu sebagai peninju MMA selepas melakukan transformasi fizikal.

"Dulu saya suka minum, makan, berhibur lewat malam... setiap hari saya makan ramen, kentang, sandwich dan macam-macam lagi.

"Saya memang mengimpikan untuk jadi peninju MMA sejak saya melalui proses menurukan berat badan," ujarnya.

Varela juga akui tak sabar untuk menyertai pertandingan tinju tidak lama lagi.

"Bila saya pandang cermin, saya lihat individu yang saya bayangkan selama ini.

"Kini, saya pandang ke depan untuk memastikan badan, minda dan semangat saya dapat digunakan dalam perlawanan," ujarnya. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain