suria

Baru berusia 16 tahun, 'wonderkid' Liverpool tarik perhatian

AKSI Gordon pada pusingan ketiga Piala Carabao menentang Norwich awal pagi Rabu. — AFP

PERLAWANAN Liverpool menentang Norwich pada saingan Piala Carabao awal pagi Rabu banyak terarah kepada debut pemain berusia 16 tahun The Reds iaitu Kaide Gordon.

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menyenaraikan Gordon dalam kebelasan utama di samping Takumi Minamino dan Divock Origi.

ARTIKEL BERKAITAN: Rezeki pulang ke pangkuan United, Ronaldo atasi Messi

ARTIKEL BERKAITAN: Surat Klopp untuk pesakit kanser

Istimewanya, Gordon baru berusia 16 tahun dan 351 hari pada perlawanan berkenaan.

Pemain bertubuh kecil itu tampil lincah di barisan hadapan Liverpool dan sering kali memberi masalah kepada pertahanan Norwich.

Penampilan Gordon memikat barisan pengurusan kelab itu sejak pramusim.

Menurut penolong jurulatih, Ppe Lijnders, dia mengakui kagum melihat penampilan pemain berkenaan dalam skuad bawah 23 tahun Liverpool.

"Sebelum pramusim, kami selalu memastikan bakat terbesar kami memulakan latihan seminggu lebih awal.

"Saya pergi ke padang latihan untuk melihat skuad bawah 23 tahun. Saya melihat seorang pemain dan dia melakukan rembatan setiap kali menyentuh bola.

"Dia melepasi setiap pemain seperti mereka tiada di situ. Saya terus menelefon Klopp dan memberitahunya, kami mempunyai pemain baharu," ujarnya.

Klopp terkenal dengan gaya pengurusannya yang suka membawa pemain akademi bermain di peringkat senior.

Sebelum ini, Klopp membawa pemain seperti Harvey Elliot untuk bermain di peringkat senior pada usia baru menginjak 15 tahun dan 174 hari. — Detik

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Artikel Lain