suria

Surat Klopp untuk pesakit kanser

SURAT kiriman Klopp yang dihantar kepada Chris. — Agensi

TULAR di media sosial tentang sepucuk surat dikirimkan oleh pengurus Liverpool, Jurgen Klopp kepada seorang peminat kelab berkenaan yang menderita penyakit kanser.

Seorang peminat Liverpool, Andy, memuat naik gambar surat yang ditulis sendiri oleh Klopp itu dan ditujukan kepada abangnya, Chris.

Surat berkenaan dihantar dari pusat latihan Liverpool, AXA Training Centre dan Klopp turut menandatangani surat terbabit.

"Abang saya menerima surat dari Klopp ketika menerima rawatan untuk penyakit kansernya. Lelaki yang sangat hebat," kata Andy menerusi Twitternya pada Isnin.

Dalam surat tersebut, Klopp mengatakan semua orang di Liverpool menyokong Chris dan mendoakan dia agar sembuh.

Klopp juga menyifatkan Chris dan semua peminat The Reds merupakan sebahagian daripada keluarga besar kelab berkenaan.

Foto surat itu mendapat puluhan ribu like di Twitter Andy dan ramai peminat Liverpool lain turut mendoakan agar Chris sembuh.

Namun Chris meninggal dunia pada 18 September lalu.

"Abang saya kalah dalam pertempurannya yang berani melawan kanser hari ini. Sangat sedih," tulis Andy. — Detik

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Jurgen Klopp, kanser, Liverpool, surat

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain