suria

Model turun padang, Romeo Beckham buat penampilan sulung bersama Fort Lauderdale

Romeo Beckham beraksi dalam perlawanan Fort Lauderdale. foto instagram / romeobeckham

ROMEO Beckham membuat penampilan sulung dalam bola sepak profesional pada Ahad, dengan bermain untuk pasukan Amerika, Fort Lauderdale, yang dimiliki bapanya, David Beckham.

Model berusia 19 tahun yang menempa nama dalam dunia fesyen, menyertai Fort Lauderdale, sebagai pasukan simpanan Inter Miami dalam Major League Soccer yang diasaskan dan dimiliki bapanya, awal bulan ini.

Kemunculan sulung itu menyaksikan Fort Lauderdale terikat seri dengan South Georgia Tormenta, pada hujung minggu.

Dalam gaya Beckham yang sebenar, dia memastikan berita itu menjadi perhatian buat 3.1 juta pengikut Instagramnya, malah mengubah biografinya di laman sosial itu dengan perkongsian foto untuk mengesahkan perubahan kerjayanya.

Romeo turut menyenaraikan dirinya dalam kategori atlet dan membuat pautan 'Footballer for @ fortlauderdalecf # 11'.

Perlawanan itu menandakan permulaan sebenar dalam karier sukannya, susulan daripada pembabitannya dalam peragaan fesyen.

Romeo memulakan kerjaya modelnya menerusi jenama Burberry pada usia 10 tahun dan penglibatan terbaharu menerusi kempen Musim Luruh/Sejuk 2021 Saint Laurent.

Dalam pada itu, David turut menyampaikan rasa bangga atas prestasi anaknya selepas remaja itu memuat naik gambar semasa perlawanan di Instagram, menerusi komen 'Sangat bangga dengan kamu'. - Mail Online

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain