suria

Litar Street Valencia kini jadi 'rumah' gelandangan

GOLONGAN imigran menggunakan sisa-sisa litar seperti pengadang jalan, konkrit dan pagar sebagai bahan membuat rumah sementara mereka.— Agensi

LITAR lumba Circuit Street Valencia di Sepanyol yang dahulunya merupakan antara trek perlumbaan popular perlumbaan Formula satu (F1) kini menjadi 'rumah' buat golongan gelandangan, imigran dan pelarian.

Lokasi itu juga terkenal sebagai tuan rumah untuk Grand Prix Eropah yang dianjurkan pada tahun 2008 hingga 2012.

Keadaan litar lumba itu kini dilihat dipenuhi golongan imigran yang menggunakan sisa-sisa litar seperti pengadang jalan, konkrit dan pagar sebagai bahan membuat rumah sementara mereka.

Pihak berkuasa tempatan menganggarkan bahawa terdapat kira-kira 50 orang yang tinggal di kompleks litar F1 tersebut.

Salah seorang imigran, Mohammed berkata, dia sebenarnya tidak memilih untuk tinggal di kawasan itu.

Dia kini tinggal di sebuah pondok yang diperbuat dengan dinding tilam, tiang plastik, kayu dan logam.

"Saya hanya memerlukan peluang untuk bekerja, namun peluang itu sangat tipis," katanya.

Litar itu kini menjadi rumah bagi orang-orang yang melarikan diri ke Valencia dengan harapan dapat mencari pekerjaan.

Namun sebaliknya, mereka terkandas di sebuah bandar yang tidak mempunyai peluang untuk mengubah nasib keluarga mereka.

Tanpa pekerjaan, tidak ada cara untuk golongan ini menjana pendapatan malah mereka tidak mampu menyewa tempat tinggal.

Ketiadaan tempat tinggal juga semakin menambah masalah mereka di sana.— Agensi

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain