suria

Lupakan mitos atau Piala Dunia 2022! Pemain wajib ambil vaksin jika mahu beraksi di Qatar

PEMAIN perlu mengambil dua dos vaksin dan mengabaikan mitos berhubung perkara itu jika mahu beraksi di Qatar. — THE STAR

SEMUA pemain bola sepak antarabangsa perlu melengkapkan dua dos vaksinasi Covid-19 sekiranya mahu tampil pada Kejohanan Piala Dunia FiFA 2022.

Perkara itu disuarakan timbalan ketua pegawai perubatan, Jonathan Van-Tam yang menggesa pemain mengambil vaksin dan memberitahu mereka untuk mengabaikan mitos berhubung perkara itu.

Qatar juga pada masa sama dilaporkan mewajibkan pengambilan vaksin Covid-19 buat semua pemain yang mengambil bahagian dalam kejohanan dunia tu.

Menurut laporan media, siapa pun yang menghadiri kejohanan pada November depan itu harus melengkapkan dua dos vaksin.

Saranan itu bagaimanapun mengundang rasa tidak senang segelinir pihak yang menyifatkan tindakan Qatar itu akan menyebabkan Piala Dunia kehilangan kelibat beberapa bintang bola sepak antarabangsa.

Ini berikutan terdapat beberapa pemain bola sepak menolak pengambilan vaksin.

Sejumlah kelab Liga Perdana juga dilaporkan sebelum ini mempunyai pemain yang masih menentang vaksin Covid-19, termasuk bintang Arsenal, Granit Xhaka.

Setakat ini, Qatar, telah memberikan lebih dari 4.6 juta vaksin iaitu 82 peratus dari populasi penduduk di negara itu.

Selaku tuan rumah Piala Dunia 2022, Qatar dikatakan sedang melakukan perbincangan dengan FIFA dan pihak berkuasa perubatan dalam usaha untuk mencari jalan keluar yang baik.

Beberapa alternatif juga sedang dipertimbangkan, termasuk pemain yang tidak divaksin harus melaporkan ujian negatif setiap tiga hari. — Daily Mail

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Covid-19, FIFA, Qatar, 2022, Vaksin, bola sepak

Artikel Berkaitan

Artikel Lain