suria

‘Jangan terlalu harapkan Ronaldo’

RONALDO dilihat mencetuskan fenomena 'Ronaldo Mania' sekembalinya menyarung semula jersi Manchester United. —Getty Images

THE Red Devils perlu berhati-hati dengan jangkaan tinggi diletakkan kepada Cristiano Ronaldo, kata Roy Keane.

Legenda Manchester United itu berkata, pasukan itu tidak boleh terlalu bergantung harap kepada pemain berusia 36 tahun itu dalam setiap perlawanan.

Ronaldo sudah meledak empat gol dalam tiga perlawanan termasuk satu gol ketika menewaskan West Ham United pada Ahad.

Namun, pemenang lima kali Ballon d'Or itu dilihat kurang menyerlah ketika kekalahan 1-2 kepada Young Boys dalam aksi Liga Juara-Juara pada Rabu minggu lalu.

"Anda lihat ketika perlawanan menentang Young Boys, Ronaldo bergelut di bahagian depan kerana tidak mendapat sokongan yang diperlukan daripada pemain yang lain.

"Man United perlu berhati-hati kerana Ronaldo hadir ke kelab berkenaan dengan harapan dia akan mengharunginya dengan mudah. Dia dan juga beberapa pemain lain masih perlu meningkat lebih baik daripada satu atau dua tahun lalu. Tetapi, saya tidak nafikan dia masih pemain berkelas dunia," katanya.

Bagaimanapun, Keane mengakui kehadiran Ronaldo turut memberikan kekuatan tambahan kepada skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer itu.

"Kita melihat yang terbaik daripada dia semasa menentang Newcastle ketika dia mendapat peluang di dalam kotak penalti. Dia berada pada tahap terbaik ketika itu dan saya tidak terkejut dengan persembahan cemerlangnya," katanya. — Football365

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Ronaldo, Manchester United, harapan

Artikel Sebelum

Surat Klopp untuk pesakit kanser

Artikel Lain