suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

'Barcelona yang dulu bukanlah yang sekarang'

KOEMAN kelihatan sugul sewaktu aksi Barcelona menentang Granada di Nou Camp, Barcelona, Sepanyol pada Selasa. — AP

PENGURUS Barcelona, Ronald Koeman menegaskan pasukan itu ketika ini bukan seperti lapan tahun lepas.

Kenyataan itu dibuat selepas gaya permainan Barcelona dipersoal pelbagai pihak ketika seri menentang Granada dalam aksi Liga Sepanyol (La Liga) pada Selasa.

Kelab berkenaan dikatakan hilang identiti permainan 'tiki-taka' di bawah kendalian Koeman.

"Ini juga bergantung kepada masalah kekurangan pemain kami, mereka lebih menonjol dengan aksi individu.

"Lihat senarai skuad, kami melakukan apa yang termampu. Tiada pemain untuk tiki-taka," ujar Koeman.

Tambah Koeman, pasukannya bermain baik pada perlawanan menentang Granada cuma mereka 'kesuntukan' masa.

"Sistem kami adalah 4-3-3 di babak pertama, kemudian kami perlu mengubahnya berdasarkan pemain yang kami ada di bangku simpanan. Barca hari ini bukan Barca pada lapan tahun lalu.

"Kami bermain dengan cara Barca tetapi kami tidak memiliki kepantasan dan anda harus mencari alternatif," jelasnya.

Granada mendahului Barca seawal minit kedua menerusi jaringan Domingos Duarte dan hanya pada minit ke-90, barulah Barca berjaya menyamakan kedudukan hasil tandukan Ronald Araujo.

Barcelona ketika ini berada di tangga ketujuh La Liga dengan lapan mata, ketinggalan lima mata di belakang pendahulu liga, Real Madrid. — Detik

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Surat Klopp untuk pesakit kanser

Artikel Lain