suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Detik ngeri kereta rali terbalik tujuh kali

SAAT di mana kereta dipandu Kulikov dan Kovlov terbalik. — Agensi

SATU kemalangan ngeri membabitkan sebuah kereta lumba rali berlaku dalam perlumbaan Kejuaraan Rali Rusia baru-baru ini.

Menerusi video yang dimuat naik di YouTube, kereta dipandu pelumba Pavel Kovlov dan Yuri Kulikov dari pasukan VRC-Team terbalik sebanyak tujuh kali selepas menghentam bahagian tepi laluan trek.

ARTIKEL BERKAITAN: Lopez Yakin E20 Mampu Capai Sasaran

ARTIKEL BERKAITAN: Schumacher sifatkan Hamilton terlalu berdrama

Bagaimanapun, kedua-dua pelumba berkenaan dikatakan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Insiden berkenaan berlaku di peringkat 'Ekover-2021' yang berlangsung di Asbest, bahagian timur Pergunungan Ural, wilayah barat Rusia.
Trek laluan yang mencabar itu turut menyebabkan satu lagi kemalangan membabitkan pemandu Vitaly Mikhailov dari pasukan Ekaterinburg.

Kereta Mitsubishi Lancer Evo VIII dipandu oleh Mikhailov terbabas dari trek selepas melompat ke udara.

Namun tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam insiden terbabit. — Detik

Artikel Lain