suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lopez Yakin E20 Mampu Capai Sasaran

PEMILIK bersama pasukan Lotus, Gerard Lopez yakin untuk mencatat kedudukan dalam kelompok empat terbaik bagi kategori pengeluar berdasarkan langkah awal yang dibuat pasukan itu tahun ini.

Musim lalu pasukan turut meletakkan harapan tinggi namun tidak kesampaian apabila pemandu utama mereka, Robert Kubica mengalami kecederaan selepas terlibat dalam kemalangan rali pada awal musim 2011.

Lopez berkata, pasukan perlu membaiki kesilapan yang dilakukan tahun lalu dan memulakan perancangan dengan E20, yang mana ia akan dipandu oleh pelumba Kimi Raikkonen dan Romain Grosjean.

“Kami harap mempunyai kereta dan pemandu yang sempurna. Salah seorang daripada mereka adalah bekas juara dunia. Dengan itu kami akan cuba mencapai keputusan realistik untuk musim ini,” katanya.

Jentera pertama dari Enstone ini akan membawa nama Lotus sepenuhnya setelah timbul pertikaian mengenai jenama ini dalam F1 sebelum ini.

“Kami sangat berbangga kerana akhirnya konsep jenama Lotus telah jelas sepenuhnya dalam Formula Satu sekarang,” tambah Lopez.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain