suria

Upson, Drogba Jadi Tumpuan Kelab Shanghai Shenhua

Upson (kiri) dikaitkan dengan kelab Shanghai Shenhua.
Upson (kiri) dikaitkan dengan kelab Shanghai Shenhua.
Upson (kiri) dikaitkan dengan kelab Shanghai Shenhua.

SHANGHAI Shenhua dilaporkan cuba untuk mendapat khidmat pemain pertahanan Stoke City, Matthew Upson dan dalam masa sama turut berbincang mengenai penyerang Chelsea, Didier Drogba untuk bersama rakan sepasukannya, Nicolas Anelka di kelab China itu.

Pegawai Shenhua Ma Yue, memberitahu kepada Reuters pada Selasa, pihak Liga Super dalam perbincangan untuk membawa bekas penyerang England itu, namun menafikan memberi tempoh tertentu kepada Upson.

Sebelum ini Shenhua telah berjaya mengikat penyerang Perancis, Anelka yang berlatih di bawah rakan senegara, Jean Tigana sebagai jurulatih.

Dalam pada itu, kelab ini juga turut dikaitan untuk mendapatkan khidmat penyerang antarabangsa Ivory Coast, Drogba, namun Ma turut menafikan mengenai kontrak itu.

“Tidak ada apa yang telah disahkan. Kami masih lagi dalam perbincangan,” katanya.

Selain itu, kontrak Drogba bersama The Blues akan tamat pada Jun ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Jadual Liga Perdana, Selasa

Artikel Lain