suria

Cisse Jaring Gol Kemenangan Magpies

Demba Cisse menjaringkan gol kemenangan buat Newcastle pada aksi sulung bersama kelab itu.
Demba Cisse menjaringkan gol kemenangan buat Newcastle pada aksi sulung bersama kelab itu.
Demba Cisse menjaringkan gol kemenangan buat Newcastle pada aksi sulung bersama kelab itu.

MIMPI Papiss Demba Cisse menjadi kenyataan apabila berjaya menjaringkan gol kemenangan buat Newcastle selepas menewaskan Aston Villa 2-1 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Sport Direct Arena, Ahad.

Penyerang berusia 26 tahun ini berpindah ke Magpies dari Freiburg sejak Januari lalu, namun hanya dapat beraksi pada perlawanan ini kerana terlibat dengan kejohanan Piala Negara-Negara Afrika.

Cisse menjaringkan gol minit ke-71 selepas kedua pasukan terikat seri satu sama pada separuh masa pertama.

Pengurus pasukan, Alan Pardew berkata, dia bertuah kerana mempunyai penyerang yang mampu membuahkan gol.

“Saya bertuah kerana mempunyai penyerang yang sempurna pada penampilan pertama mereka, dan ia berlaku hari ini.

"Aksi ini sememangnya diharap memandangkan kelab ini telah banyak melabur. Di sini saya dibenar menggunakan duit penyokong-penyokong kelab, sebab itulah saya cukup teliti dalam urusan memilih pemain.

“Jika kami tidak mampu membawa ramai penyokong ke stadium, kami tidak ada duit. Kami telah bekerja keras untuk ini dan berharap ini adalah masa yang sesuai.

“Setakat ini, dia telah memulakan aksi dengan cemerlang,” katanya.

Dengan kemenangan ini, Newcastle telah mengambil alih kedudukan kelima liga apabila mengumpul 42 mata, mengetepikan Arsenal ke tangga keenam (40 mata).

Artikel Lain