suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Makin luas! Liverpool tambah kapasiti Anfield, bakal jadi stadium ketiga terbesar di Liga Perdana

Stadium Anfield bakal ditingkatkan kapasiti kepada 61,000 tempat duduk.

LIVERPOOL mengesahkan akan meneruskan rancangan projek bagi memperluaskan Anfield Road Stand.

Kelab Liga Perdana Inggeris itu berkata, upacara pecah tanah rasmi dijadualkan berlangsung minggu depan.

Projek tersebut akan menyaksikan pertambahan 7,000 tempat duduk sekaligus meningkatkan kapasiti keseluruhan penonton di Anfield kepada 61,000 tempat duduk.

Ia juga menjadikannya sebagai stadium ketiga terbesar di Liga Perdana di belakang Stadium Old Trafford (Manchester United) dan Stadium Tottenham Hotspur.

Kelab tersebut diberi kebenaran oleh Majlis Bandaraya Liverpool untuk meneruskan projek berkenaan Jun lalu.

"Kami memulakan usaha ini sejak 2014 dan menghargai usaha semua pihak yang menjadikan projek ini menjadi kenyataan," kata Pengarah Urusan Liverpool FC, Andy Hughes. - Espn.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain