suria

Greenwood akan jadi punca buat Man.United, tegas legenda Chelsea

MASON Greenwood bakal menjadi watak penting Manchester United menamatkan kemarau trofi EPL musim ini. — AGENSI.

BEKAS penyerang Chelsea, Chris Sutton yakin Mason Greenwood bakal memacu kejayaan Manchester United menjulang trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Bintang muda England itu turut meletakkan nama dalam senarai penjaring semasa The Red Devils membelasah Leeds 5-1 minggu lepas.

Musim lalu, pemain berusia 19 tahun itu berdepan dengan kekecewaan apabila sekadar menjaringkan tujuh gol, namun Sutton yakin dia boleh pergi jauh sekali gus menjadi fenomena dalam skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer musim ini.

Pada mulanya, Sutton menjangkakan bahawa Manchester United sekali lagi akan gagal dalam usaha menamatkan kemarau trofi EPL, namun tekaan itu boleh berubah sekiranya Greenwood bersinar sehingga penghujung musim.

ARTIKEL BERKAITAN: Kehadiran Varane di Old Trafford, otai Man.United kembali bidas legenda Liverpool

"Sudah tentu ada Paul Pogba dan mereka yang lain bakal membantu Man. United, tetapi jangan sesekali terlepas pandang kualiti yang dimiliki Mason Greenwood sebagai penyerang tengah. Bagi saya, penampilannya sangat luar biasa.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Saya tahu dia akan mengakhiri musim ini dengan baik-baik saja. Saya rasa semua orang menyandarkan harapan tinggi kepadanya pada musim lalu dan dia telah pun memberi penampilan cukup baik meskipun sekadar meledak tujuh gol.

"Saya juga fikir Greenword berupaya menjadi seperti (Edinson) Cavani jika diberikan lebih banyak peluang beraksi dalam kesebelasan utama," katanya menurut laporan Metro.

Sutton memberitahu, Man. United berdepan masalah besar memburu kejuaraan jika terlalu bergantung kepada Cavani merencana variasi corak serangan musim ini atas faktor usia.

"Mungkin kedudukan penyerang tengah menjadi masalah kerana usia Cavani...Adakah dia cukup bertenaga untuk bermain? Tetapi jika Greenwood yang diturunkan, saya pasti peminat Man. United lebih teruja," katanya.

Ahad ini, Greenword dijangka selagi lagi menjadi pertaruhan Solksjaer apabila Man.United berkunjung ke Stadium St Mary's bagi berdepan cabaran Southampton dalam aksi EPL.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain