suria

Covid-19, situasi dunia beri tekanan mental buat Naomi Osaka

OSAKA akui kesihatan mentalnya terjejas angkara Covid-19. — AGENSI.

BINTANG tenis Jepun, Naomi Osaka mengakui situasi pandemik Covid-19 adalah antara faktor yang mengakibatkan kesihatan mentalnya terganggu.

Memetik laporan BBC, pemain berusia 23 tahun ini berkata, keadaan dunia sekarang banyak memberi kesan terhadapnya pemikirannya dalam menjalani kehidupan harian.

“Dalam situasi berdepan pandemik ini ia beri satu tekanan kepada saya apatah lagi semua aktiviti adalah sangat terhad sehingga tidak dapat berinteraksi dengan orang lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Tajaan teh tarik seumur hidup buat semua atlet Olimpik Tokyo 2020 negara

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh tidak setia bersama Juventus, ini sebab mengapa Ronaldo tiba-tiba meroyan dan naik angin!

“Bencana yang menimpa Haiti dan situasi terkini di Afghanistan juga adalah sesuatu yang sangat ‘gila’ sedangkan saya hanya memukul bola tenis di Amerika Syarikat dan mengajak mereka datang untuk saksikan dalam perlawanan. Ini sesuatu yang... entahlah. Saya hanya mahu jadi diri sendiri,” katanya.

Pada masa sama, pemain no.2 dunia itu turut memberi penjelasan tentang penarikan diri daripada perlawanan pada Mei lalu yang mana ketika itu dia mengatakan dirinya mengalami masalah kesihatan mental.

Osaka ketika itu membuat keputusan menarik diri daripada kejohanan tenis Terbuka Perancis selepas berdepan pertelagahan apabila dia memboikot semua media serta berehat seketika daripada aksi di gelanggang.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

“Saya tertanya-tanya apa yang mempengaruhi saya ketika itu apabila saya tidak boleh berdepan dengan media.

"Saya fikir adakah saya takut, sebab kadang-kadang saya ada melihat tajuk utama artikel yang memaparkan cerita pemain yang kalah seolah-olah pemain itu tidak lagi hebat.

"Pilihan untuk keluar dan beraksi, bertemu peminat, kehadiran orang ramai yang datang menyaksikan perlawanan kita, itu semua adalah pencapaian terbaik. Saya tidak pasti sejak bila saya abaikan perkara itu,” katanya.

Selepas kontroversi yang berlaku, Osaka kembali beraksi di Olimpik Tokyo 2020 namun dia tewas seawal pusingan ketiga.

Osaka bakal bertemu pemain dari Switzerland, Jil Teichmann untuk melayakkan diri pada pusingan suku akhir dalam kejohanan tenis Terbuka Cincinnati pagi Sabtu.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

tenis, kesihatan mental, covid19

Artikel Berkaitan

Artikel Lain