suria

Tuchel tunjukkan tiga tonggak Chelsea, jalan keluar buat selama-lamanya dari Stamford Bridge

PENGENDALI Chelsea, Thomas Tuchel mahu melepaskan tiga pemain tengahnya sebelum jendela perpindahan pemain ditutup. — AGENSI.

BOS Chelsea, Tomas Tuchel dilaporkan telah memberitahu tiga pemain tengahnya bahawa khidmat mereka sudah tidak lagi diperlukan di Stamford Bridge, sekali gus memaksa mereka untuk mencari kelab lain dengan kadar segera.

Menurut laporan The Athletic, Tuchel sedang berusaha untuk menjual trio midfield iaitu Danny Drinkwater, Tiemoue Bakayoko dan Ross Barkley sebelum jendela perpindahan musim panas tamat.

ARTIKEL BERKAITAN: "Kami pasukan favourite ke-4"...Tuchel mahu tutup satu lagi kelemahan

ARTIKEL BERKAITAN: JDT bakal dapat khidmat bekas penyerang Manchester United, Chelsea?

Ketiga-tiga tonggak itu sebelum ini dibeli The Blues dengan harga keseluruhan mencecah 90 juta pound (RM524.2 juta).

Sejak tiba daripada Leicester City pada 2017, Drinkwater hanya melakukan 23 penampilan untuk Chelsea dan tidak diturunkan langsung pada musim lalu. Malah dengan usianya yang telah mencecah 31 tahun, peluangnya untuk beraksi bersama The Blues dilihat semakin malap.

Bakayoko pula dilihat tidak mampu untuk memecahkan gandingan N'Golo Kante, Jorginho dan Mateo Kovacic yang menjadi pilihan utama Tuchel.

Tambahan pula pemain muda Chelsea, Billy Gilmour dan Conor Gallagher juga memiliki prospek cerah untuk beraksi bersama pasukan utama musim ini.

Justeru, khidmat Bakayoko dilaporkan berada dalam radar dua kelab Perancis, Lyon dan Rennes pada musim panas ini.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sementara itu, Barkley yang mempamerkan aksi memberangsangkan ketika dipinjamkan ke Aston Villa musim lalu juga dilaporkan tiada lagi berada dalam perancangan Tuchel.

Bekas pemain Everton itu sebelum ini dilaporkan menjadi buruan Newcastle United jika mereka gagal menandatangani Joe Willock dari Arsenal, tetapi situasi itu nampaknya berubah selepas perpindahan tersebut dimuktamadkan minggu lalu.

Chelsea yang baru saja menandatangani Lukaku dari Inter Milan dilaporkan masih belum puas berbelanja sakan apabila tonggak pertahanan berusia 22 tahun, Jules Kounde dan pemain tengah Borussia Dortmund, Jude Bellingham juga berada dalam radar The Blues sebelum jendela perpindahan pemain ditutup.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

chelsea, tuchel, barkley, bakayoko, drinkwater, epl

Artikel Lain