suria

Tajaan teh tarik seumur hidup buat semua atlet Olimpik Tokyo 2020 negara

SERAMAI 30 atlet Olimpik negara mendapat tajaan teh tarik percuma seumur hidup dari Restoran Teh Tarik Place. — Gambar Kredit: Teh Tarik Place.

KESEMUA atlet Malaysia yang mewakili negara dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020 akan menerima tajaan teh tarik dan produk makanan sepanjang hayat dari restoran Teh Tarik Place.

Ketua Pegawai Eksekutif Craveat International, Lee Yew Jin berkata, tajaan tersebut diberikan adalah sebagai tanda penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan para atlet yang sudah bertungkus lumus untuk mengharumkan nama negara menerusi temasya sukan terbesar di dunia itu.

“Kami sangat menghormati kesungguhan dan disiplin yang ditunjukkan oleh para atlet yang terlibat. Bagi kami prestasi kesemua mereka itu adalah merupakan pencapaian besar.

“Sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kerana menaikkan nama negara, kami umumkan tajaan seumur hidup teh tarik dan produk makanan kepada semua 30 atlet yang mewakili Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemain Malaysia ada pakej lengkap, kata legenda bola sepak Jepun

ARTIKEL BERKAITAN: Conor McGregor hampir temui ajal di tangan Khabib

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Techna-X, Y.A.M Tunku Naquiyuddin Ibni Tuanku Ja’afar berkata, biarpun terdapat beberapa reaksi negatif yang dilemparkan terhadap para atlet, pihaknya tetap menghargai jasa kesemua wakil negara.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

“Terdapat beberapa liputan media dan reaksi negatif yang diterima oleh atlet-atlet negara, ia adalah sangat mengecewakan.

“Kami ingin menyampaikan satu pesanan kepada semua atlet Malaysia walaupun ada yang meragui, kami tetap mengakui pengorbanan, semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh mereka sepanjang sukan Olimpik ini berjalan,” katanya.

Teh Tarik Place adalah anak syarikat Craveat International dan juga merupakan rakan francais rasmi untuk rangkaian makanan kasual antarabangsa, TGI Fridays di Malaysia dan di China.

Craveat International pula adalah sebahagian daripada kumpulan syarikat yang dimiliki oleh Techna-X Berhad; syarikat awam yang tersenarai dan diperdagangkan di dalam Bursa Malaysia sejak tahun 2007.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain