suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ighalo ucap selamat tinggal kepada United, tulis ucapan penuh emosi di Instagram

Kontrak Odion Ighalo bersama United tamat pada 31 Januari. Foto: PA

ODION Ighalo mengesahkan akan mengucapkan selamat tinggal kepada Manchester United dan menulis ucapan penuh emosi kepada peminat kelab berkenaan.

Penyerang United itu menyifatkan 'impiannya kini berakhir' selepas kontraknya yang akan tamat pada 31 Januari ini tidak disambung.

"Sukar untuk melihat impian ini berakhir. Tetapi saya bersyukur kepada Tuhan kerana menolong saya memenuhi impian seumur hidup ini untuk menyarung baju Manchester United sebagai pemain dan mewakili kelab hebat ini.

"Itu adalah satu penghormatan yang akan saya hargai dan syukuri selama-lamanya," tulisnya di laman Instagram.

Pemain antarabangsa Nigeria itu bagaimanapun menegaskan dia akan menjadi peminat United selama-lamanya.

Sebelum ini, Ighalo dipinjamkan ke United dari kelab China Shanghai Shenhua dan dia menerima banyak kritikan kerana dianggap bukan penyerang yang diperlukan The Red Devil itu. - Thesun.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Odion Ighalo, Manchester United

Artikel Lain